Sedihnya sebab saya tidak dapat menghadiri kelas yang terakhir ini. Mohon maaf kepada semua rakan-rakan kerana ini bukan lah kemahuan saya. Segala maklumat dalam ini saya ambil dari slide En. Amran bagi mengelakkan fakta yang salah kerana saya tiada di tempat kejadian. Rasanya sudah cukup kerana jika ia keluar dalam peperiksaan nanti saya sudah dapat menjawabnya kerana ia berdasarkan nota yang diberi.
Lazimnya masyarakat Malaysia malah di dunia sekali pun mengenali dan mengagumi tarian singa. Tarian tradisional ini yang terdapat dalam adat warisan masyarakat Cina, memerlukan penari untuk meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu digerakkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian kaki hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian kaki belakang kostum singa tersebut. Sebenarnya apabila melihat persembahan ini semua orang akan terpegun dengan kelincahan pergerakan dan koordinasi yang tepat antara kenari penari dengan pemain muzik.
Tarian ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah kepada masyarakat Cina. Menurut sejarah masyarakat Cina, singa dianggap sebagai pelindung. Tarian singa juga telah menjadi adat resam di negara China,Taiwan,Jepun,Korea, Thailand, dan Vietnam . Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.
Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan". Ia dibawa masuk ke Malaysia pada abad ke 19 imigran Cina dari Tanah Besar Cina yang memasuki Tanah Melayu untuk bekerja ketika itu. Dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, tarian singa merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Walaupun begitu, saya sebenarnya tertarik dengan watak-watak di dalam tarian singa. Namun ia tidak diterang dalam nota jadi selepas ini saya akan cuba mencari maklumat yang lebih rapi jika saya berpeluang.
Tarian Singa Selatan
Tarian ini berdasarkan cerita rakyat iaitu cerita 3 wilayah (Three Kingdoms). Sekarang ini hanya satu tarian (Tarian Chai Ching) yang dipersembahkan ketika Tahun Baru Cina . Dalam persembahan tersebut Singa akan mengembara mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah. Dan pada Klimaks ceritanya ia menjumpai dan memakan sayur hijau (ching) dan mendapatkan angpow yang diikat pada sebatang buluh.
Tarian Singa Utara
Berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Mempunyai badan, ekor dan kaki yang berbulu Suka bergurau Persembahan bersifat pementasan akrobatik
Alat-alat Muzik
Luo
Gong gangsa yang berbingkai nipis. Permukaannya rata dan leper dipukul dengan kayu pemukul. Alat ini digantung. Pemain akan meletakkan satu tangan dibahagian belakang untuk mengawalbunyi yang dihasilkan semasa alat ini dimainkan
Bo
Merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain
Gendang (gu) seperti gendang 24 musim
Muzik genderang bermeter duple dan tekstur polifoni . Corak gendang dihubungkait dengan gerakan singa . Lagu “Gendang 7 Bintang mengiringi Tarian Chai Ching.
Terdapat 5 bahagian mengikut gerakan singa
a. Kemunculan Singa: Titiran
b. Singa Menyembah: Titiran
c. Singa Berjalan: Irama bertitik
d. Singa Menjumpai Makanan: Titiran
e. Ulang a dan c
Saya tidak memasukkan semua contoh note yang ada dalam slide kerana ia hanya menunjukkan jenis irama. Rasanya sekiranya seseorang itu mengetahui skor muzik maka ia akan tahu maksud istilah yang digunakan.
Jika kita perhatikan dengan lebih teliti negara kita telah melahirkan begitu ramai jaguh dan bidang ini. Namun di Malaysia ia hanya merupakan aktiviti yang digunakan ketika majlis rasmi dan keramaian. Adakah umum mengetahui terdapat pertandingan tarian singa dan sebagainya. Setelah melalui kelas muzik tradisional selama 14 minggu. Saya berpendapat muzik kita masih gagal dihayati oleh semua golongan lapisan masyarakat ada kerana kedegilan masyarakat kita sendiri untuk mengasimilasikan muzik kita. Muzik tradisional hanya ditumpukan kepada sesuatu kaum sahaja. Hanya segelintir golongan lain yang dapat mempelajari muzik kaum lain. Usaha yang tinggi diperlukan untuk menukar arah muzik di negara kita agar berlakunya satu anjakan paradigma di sini.
9 comments:
betul Bancha...tarian ini mempunyai keunikannya yang tersendiri yang amat membanggakan...kita sebagai pelapis mestilah menjaganya untuk menjadi warisan akan datang selaras dengan slogan 1 Malaysia sekarang.
Terima kasih salwa. Apa yang penting ialah kesedaran yang dapat kita pupuk selepas itu, kepada tindakan yang kita ambil pula untuk memelihara dan memartabatkannya.
Bagus Bancha.... Saya amat berminat jika bancha dapat bermain dalam tarian singa, mesti hebat dan gagah!!!
Betul tu saudari liew...Saya juga minat untuk melihat bancha main tarian singa...Bancha nak jadi pemain alat muzik ataupun penari?? hehehehe...............
mungkin pemain alat muzik, hehe tetapi lagi hebat bile cuba menari..hehehe
gurau je..Good Luck n Tahniah
haha...perli ke saudari liew dan sing ying?? mari kita sama-sama menanti tahun baru cina yang akan datang dan cuba mengaplikasikan apa yang diajar oleh En. Amran dengan meneliti tentang ritma yang dimain dengan gu dan setiap pergerakan yang dibuat oleh singa...
Pada pendapat saya, tarian singa akan lebih menarik kalau mendapat penyertaan daripada kaum bukan china iaitu melayu dan india.
betul tu saudari Christine...
Betul juga pandangan azirul kerana kita adalah Satu Malaysia!!!!
ulasan yang padat dan menarik!!keep it up
Post a Comment