Sunday, October 31, 2010

MINGGU 12: JURNAL REFLEKSI

GENDANG 24 MUSIM
Sawaddekrap
Salam sejahtera

Pada pagi yang buta ini (jangan la gelak) saya menulis jurnal mengenai gendang 24 musim. Ingatkan dah nak habiskan. Tapi tak mengapa sebab ilmu yang kita dapat menambahkan pengetahuan kita dan membantu kita suatu hari nanti. Gendang 24 Musim bukanlah sesuatu yang jarang saya dengar kerana di Kedah terdapat kumpulan gendang yang agak terkenal iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa. Kumpulan ensembel perkusi ini dicipta sendiri oleh rakyat negara kita.

Pada 1988, gendang 24 musim pertama kali dipersembahkan sewaktu upacara perasmian Pesta Tarian Kesembilan yang dianjurkan oleh Persatuan Tionghua Johor. Cetusan idea persembahan ini dicetuskan oleh En. Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan. Membentuk ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina. Selepas persembahan itu mendapat sambutan yang begitu besar, ia mendorong Persatuan Cina di Johor Bahru untuk membeli set yang lengkap. Kumpulan yang pertama dibentuk ini dilatih oleh En. Chen Wei Chong dari Sekolah Menengah Foon Yew di Johor Bahru.


Pasukan yang pertama dibentuk di Malaysia

Ia kemudian mendapat respon dari En. Tan Hooi Soong. Beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ (sejenis gendang dalam tarian singa) dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina.
Persembahan yang Gagah dan Gemuruh

Peralatannya di import atau dibeli dari negara China. 24 musim sebenarnya berasaskan musim pertanian di negara China. Nama musim itu ditulis pada bahagian gendang dengan kaligrafi Cina. 4 Musim besar (musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin) dibahagikan kepada 6 musim kecil, maka terbentuklah 24 musim. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar Cina, petani akan tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Koreografi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.


Sejak tahun 1990-an, pasukan gendang ini sangat popular di sekolah-sekolah dan Persatuan-persatuan Cina di negara kita. Ia boleh dipersembahkan di tempat tertutup atau terbuka.Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki Cina termasuk la pemain perempuan. Mereka akan menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum Cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.

Alat Muzik
- 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa.
- ada juga menggunakan gendang longgu.
- Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.

Kaedah Permainan
Setiap pemain berupaya menghasilkan bunyi yang berlainan kualiti tone atau timbres dengan menggunakan teknik yang berlainan. Bunyi yang rendah “dung” dihasilkan apabila pemain mengetuk bahagian tengah gendang. Manakala resonan tinggi dan pendek pula dihasilkan dengan mengetuk bahagian tepi gendang. Semua timbre yang berlainan dihasilkan dengan mengetuk bahagian gendang yang berlainan.

Setiap persembahan dimulakan dengan bunyi ‘tak’ ‘tak’ oleh ketua kumpulan. Seperti kumpulan ensemble gendang yang lain, Gendang 24 Musim juga menggunakan konsep ‘interlocking’ dalam rhythmic patterns lagu. Kumpulan ini biasanya dibahagi kepada 2 atau 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan memainkan irama tertentu. Walaupun selari dengan perkembangan zaman, irama yang baru akan dicipta namun, beberapa irama asal diketahui oleh semua kumpulan di Malaysia. Irama ini merupakan yang diasaskan oleh Chen Wei Chong.

Konsep JiQie

立春 Li Chun- bermulanya musim bunga (mulai 4 Feb)
雨水 Yu Shui- air hujan (mulai 19Feb)
惊蛰 Jing Zhe- pembangkitan semula serangga (mulai 5 Mac)
春分 Chun Fen- Ekuinoks musim bunga (mulai 20 Mac)
清明 Qing Ming- terang dan nyaman (mulai 4 April)
谷雨 Gu Yu- hujan bijirin (mulai 20 April)
立夏Li Xia- bermulanya musim panas (mulai 5 Mei)
小满 Xiao Man- bijirin mula berisi (mulai 21 Mei)
芒种 Mang Zhong- bijirin masak (mulai 5 Jun)
夏至 Xia Zhi- Solstis musim panas (mulai 21 Jun)
小暑 Xiao Shu- bahang kecil (mulai 7 Julai)
大暑 Da Shu- bahang besar (mulai 22 Julai)
立秋 Li Qiu- bermulanya musim luruh (mulai 7 Ogos)
暑 Chu Shu- tamatnya cuaca bahang (mulai 23 Ogos)
白露 Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
秋分 Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
寒露 Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
霜降 Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
白露 Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
秋分 Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
寒露 Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
霜降 Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
小寒 Xiao Han- cuaca semakin sejuk (mulai 6 Jan)
大寒 Da Han- cuaca paling sejuk (mulai 21 Jan)

Persembahan ini merupakan ciptaan ulung rakyat Malaysia yang wajar dikembangkan dengan lebih meluas. Gambar diatas merupakan bukti bahawa ia sesuai untuk semua golongan kaum di Malaysia. Bukan untuk bahan tarikan pelancongan sahaja namun, sebagai alat perpaduan yang kuat untuk menyatu padukan rakyat pelbagai kaum di negara. Jelas di sini kita dapat melihat bahawa muzik tidak mempunyai sempadan dan hadnya.

5 comments:

SMP2252 SALWA on October 31, 2010 at 7:00 AM said...

Saya setuju dengan pendapat Bancha. Jika tidak dikembangkan semua orang tidak mengenalinya termasuklah saya. Pertama kali mendengarnya di dalam kelas En Amran 2 minggu lepas...memang teruja dan menyeronokan...

bancha on October 31, 2010 at 11:59 AM said...

Maksud saya dengan menyeluruh ya..
Sebab masih kurang remaja bukan berketurunan Cina terlibat dalam seni ini. Malah dalam seni muzik tradisional yang lain juga. Apa yang menjadi persoalan wajarkah kita memberi identiti kaum kepada sesuatu seni? saya rasa tidak kerana seni tiada sempadannya.

smp2252shafry on November 4, 2010 at 10:44 AM said...

banca: minggu ke 12 ni buka bukan konvokesyen time ka?

smp2252shafry on November 4, 2010 at 10:45 AM said...

banca: minggu ke 12 ni bukan konvokesyen time ka?

bancha on November 19, 2010 at 1:15 AM said...

mna ada...

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG KUMPULAN B

BLOG KUMPULAN C

SMP2252bancha Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template