Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Akhirnya kita telah sampai ke penghujung kelas. Saya tidak dapat menghadiri kelas ini kerana berada di kampung. Walau bagaimanapun saya tahu suasana pembelajaran di dalam kelas tetap tidak berubah. Kawan dari pengajian Malaysia yang spontan dan baik. Pelajar semester 4 Pendidikan Muzik yang sentiasa riuh dengan kerenah mereka dan rakan seangkatan dengan saya yang sentiasa menceriakan kelas. Setelah 14 minggu berlalu, pelbagai pengalaman yang di rasai daripada kelas ini.
Kuliah minggu pertama merupakan kuliah penciptaan blog. En. Amran menggunakan pendekatan yang berlainan dalam kelas beliau. Sejujurnya saya kurang berpengalaman dalam penggunaan blog . Kelas ini membantu saya memahami teknologi baru untuk digunakan dalam pelajaran pada suatu hari nanti. Murid sekolah dewasa ini begitu ke hadapan dalam bidang teknologi khususnya. Oleh itu, sebagai bakal guru saya dapat melengkapkan diri saya untuk menghadapi keadaan masa depan. Menguruskan blog bukanlah sesuatu yang susah namun ia memerlukan masa.
Namun, penulisan jurnal refleksi dalam blog menjimatkan duit dan kertas malah memudahkan kami berbincang dalam kumpulan. Apa yang saya agak kesal semua kandungan yang ditulis rakan-rakan tidak menyatakan daripada sumber mereka termasuklah saya sendiri yang kadang kala terlepas pandang. Gambar sekalipun sepatutnya dinyatakan dari mana sumber kita dapat. Akibatnya, gaya penulisan pelajar kurang bersifat ilmiah. Kita dapat faham bahawa ini merupakan satu proses pembelajaran.
Kandungan kursus ini juga mencakupi sebahagian besar Muzik Tradisional di Malaysia. Bagi saya En. Amran telah memberi maklumat yang mendalam mengenai kandungan pembelajaran kami iaitu makyong, kompang, wayang kulit, gamelan, caklempong, tarian cina dan sebagainya lagi. Malah kami juga mula menghargai semua muzik tradisional di Malaysia. Kami bukan sahaja perlu memahami ciri-ciri muzik malah peranan dan fungsinya. Cuma apa yang kurang ialah penekanan terhadap kesan dan peranannya kepada masyarakat.Pembahagian kelas kepada 2 sebenarnya agak mengurangkan isi kandungan. Pembentangan kumpulan lain kurang di fahami oleh kumpulan lagi satu. Muzik tradisional Malaysia sememangnya mempunyai banyak jenis muzik. Pada awalnya, En. Amran telah membahagikan muzik-muzik tradisional mengikut jenis jadi mungkin seeloknya muzik-muzik ini dibentang mengikut jenisnya iaitu ensembel genderang, bentuk tari utama, bentuk seni lakon utama dan lain-lain.
Pengajaran kelas ini sebenarnya amat mementingkan Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif. Bagaimanapun sejauh mana ia berkesan kepada rakan-rakan yang lain tidak dapat saya nilai secara keseluruhan. Namun hasil daripada perbincangan dan soalan-soalan yang dikemukan oleh En. Amran ia amat membantu pelajar untuk berfikir. Apa pengaruh muzik ini kepada muzik ini kepada negara kita dan bagaimana ia menggambarkan identity negara kita.
Pembentangan kumpulan juga agak berjaya walaupun terdapat sebahagian ahli kumpulan yang tidak dapat memahami kandungan pembentangan mereka dengan sepenuhnya. Banyak kumpulan yang saya lihat membuat kajian lapangan untuk menambahkan lagi isi kandungan pembentangan mereka. Namun jika mereka pergi ke penggiat sebenar seni ini maka mereka akan dapat berfikir dan memahami masalah yang dihadapi oleh golongan penggiat seni muzik tradisional ini.
En. Amran yang pada mulanya menggunakan pendekatan yang serius telah mula berlembut selepas cuti. Hasilnya kelas agak kurang terkawal tetapi masih ceria dan memberangsangkan. Mungkin jika banyak sedikit amali atau praktikal akan menambahkan lagi keberkesanan kelas ini. Namun kandungan kursus yang banyak mungkin menghadkan masa yang diperlukan untuk mengajar. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Amran kerana memahami dan mengajar kami.
Akhir sekali pengajaran kelas ni kalau dari segi penilaian saya ialah Gred A. Sistem baru yang sangat membantu kami dalam perbincangan. Walaupun kami hanya gelisah dan membuat posting pada masa-masa akhir namun kami tetap mendapat pelbagai manfaat. Setelah menghadiri kelas ini selama 14 minggu kami belajar menghargai ‘harga’ sesebuah muzik. Muzik adalah warisan bangsa dan negara. Perubahan boleh dilakukan untuk tujuan penambahbaikan tanpa mengabaikan cirri-ciri asal muzik tersebut. Kita sekarang harus memikirkan bagaimana kita dapat memartabat dan memelihara seni ini bukan sahaja di mata dunia tapi di mata kita sendiri dahulu..
Sekian daripada saya..
Selamat Maju Jaya kepada kawan-kawan sekalian..Semoga berjaya menghadapi peperiksaan dan andai ada yang terasa di hati saya memohon maaf atas kekhilafan saya.

7 comments:
selamat maju jaya . semoga apa yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
good luck 4 final exam.
wah...pandangan yang baik...saya bersetuju dengan kamu, namun dalam masa yang suntuk kita tidak dapat membincangkan banyak perkara dalam masa yang terhad... mungkin En. boleh menambahkan masa lagi kepada kumpulan yang membentang dan cuba bertanya soalan yang mencabar agar mencapai kemahiran berfikir yang berkualiti...selamat berjuang!!
Bancha!!! Syabas dan tahniah saya ucapkan..Semoga kita maju jaya dalam peperiksaan yang akan datang!! Good Luck!!
Semoga kita semua berjaya dalam exam nanti..
ulasan yang padat dan menarik
thanks semua!!!hahahah
Post a Comment