Sawaddekrap
Salam sejahtera
Rasanya umum telah mengetahui apa itu wayang kulit kerana saya sudh menulis jurnal refleksi MINGGU 4 mengenai wayang kulit sebelum ini. Oleh itu dalam jurnal kali ini saya menambah beberapa perkara sahaja yang ditambah oleh kumpulan yang membentang pada kali ini sahaja.
Wayang Kulit dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu. Wayang berfungsi Kulit ini adalah sebagai medium hiburan malah kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang disekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.
Wayang kulit telah diubahsuai mengikut budaya dan selera masyarakat tempatan walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi cerita dan rupa bentuk patung wayang. Patung wayang Jawa lebih ramping dan lampai berbanding dengan wayang Melayu yang kelihatan lebih gagah dan tegap. Kedua-dua tangan patung wayang kulit Jawa dapat digerakkan, tetapi patung wayang Melayu hanya dapat digerakkan sebelah tangannya sahaja. Patung Kemboja pula lebih besar dan memerlukan beberapa orang dalang untuk membantu dalam persembahan. Dapat dikatakan bahawa setiap wayang kulit dari pelbagai negara mempunyai ciri dan fungsi tersendiri. Kemungkinan inilah yang menyebabkan wayang kulit menjadi satu persembahan tetater tradisional di kebanyakan negara Asia Tenggara dan tidak untuk kita mentakrifkan ianya kepunyaan sesebuah negara sahaja kerana kita serumpun malah setiap negara mempunyai gaya dan cirri-ciri yang berlainan.
Falsafah yang dibawa dalam persembahan wayang kulit dipercayai diasaskan pada pemahaman agama Islam yang mendalam. Ada pendapat mengatakan tok dalang diumpamakan sebagai tuhan yang menggerakkan watak-watak di dalam persembahan wayang kulit. Maka kita manusia juga bergantung kepada tuhan untuk bergerak. Peranan "Dalang" sebagai dukun atau bomoh dalam masyarakat merupakan salah satu asas pengekalan tradisi ini di Kelantan dan Kedah. Dipercayai kekuatan spiritual dalam penyelenggaraan wayang kulit dapat menimbulkan malapetaka atau bahaya. Dialog persembahan wayang kulit juga telah diadun dan diubahsuai ke dalam longhat setempat. Kemungkinan inilah juga sebabnya persembahan wayang kulit kurang mendapat perhatian daripada generasi muda mahupun kaum lain kerana kurang difahami.
Dalam proses perkembangannya wayang kulit telah banyak melalui perubahan. Setelah melalui pelbagai zaman, wayang kulit dapat menyesuaikan dirinya secara bebas dan kreatif. Wayang kulit bermula sebagai alat yang ada kaitannya dengan upacara penyebaran agama, tetapi kemudiannya digunakan sebagai alat pendidikan dan penerangan. Pada kesempatan inilah nilai-nilai pendidikan dan pembangunan keluarga disampaikan. Nilai-nilai pembangunan masyarakat sebenarnya didasarkan pada hakikat bahawa keluarga menjadi agen pembentukan masyarakat. Mesej yang disampaikan amat jelas. Yang berbuat jahat akan menerima balasan, dan kita mesti saling bantu membantu untuk melawan kejahatan.
Biasanya persembahan wayang kulit dipentaskan sewaktu ada pesta dan keramaian sosial, seperti pesta dan keramaian selepas menuai padi, di majlis perkahwinan dan berkhatan. Dewasa ini ada sedikit perbezaan kerana persembahan-persembahan wayang kulit dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan atau badan-badan kebudayaan tempatan mahupun oleh badan perniagaan. Namun., di kawasan perkampung masih terdapat golongan yang menganjurkan persembahan wayang kulit sebagai upacara membayar nazar ataupun penyembuhan penyakit di kedah terutamanya oleh masyarakat Siam.
Terdapat segelintir sahaja para dalang yang menampung hidup sepenuhnya daripada pendapatan persembahan wayang kulit. Kebanyakan dalang mempunyai pekerjaan sampingan, seperti menjadi pesawah ataupun menjadi penghibur dan juga dukun. Di sinilah para dalang menjadi lambang serta sumber harapan kepada masyarakat setempat.
Sesuatu bangsa yang bertamadun diiktirafkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera.Oleh itu, kita sebagai generasi pelapis wajar memelihara dan memartabatkan seni itu sebagai bukti keunggulan bangsa kita. Terlalu sedikit golongan di Malaysia yang memperjuang hak budaya warisan di negara kita. Masyarakat kita terlalu terpengaruh dengan kemodenan dan meniru kebudayaan asing. Kita seharusnya mengangkat budaya kita ke arah yang lebih tinggi agar diikut oleh orang lain bukannya hanya menjadi pengikut sahaja. Akhir kata sesiapa yang membaca jurnal saya ini, mereka akan sedar kepentingan seni muzik tradisional sebagai identiti bangsa kita.

Di sini saya ada sertakn maklumat yang saya peroleh dari http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/perbezaan-ciri-ciri-wayang-kulit.html
mengenai perbezaan wayang-wayang kulit di negara kita
3 comments:
Sungguh padat info yang Bancha berikan...terima kasih..akan saya gunakan senagai abm di sekolah nanti...wayang kulit memang tidak asing lagi dalam kalangan kita...menarik kerana jalan ceritanya dan kehebatan tok dalangnya memainkan peranan.
haha..
Hanya huraian pendapat yang saya baca dari blog kumpulan wayang kulit sahaja. Apa yang baik adalah dari kumpulan mereka ya.
Tanhiah Bancha. Ulasan yang agak menarik walaupun mengambil beberpa pendapat daripada kumpulan kami. keh3
Post a Comment