Saturday, October 30, 2010

MINGGU 10: JURNAL REFLEKSI 2

ORKESTRA CINA MODEN

Swaddeekrap..
Salam Sejahtera

Maaf kerana terlewat sekali lagi untuk membuat posting yang baru. Minggu yang sangat sibuk sebenarnya. Saya hanya mengulas serba sedikit mengenai orkestra Cina Moden kerana jika ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut boleh mengunjungi blog kumpulan kami. Huayue Tuan atau lebih dikenali sebagai orkestra Cina Moden ialah salah satu ensembel muzik yang popular dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Ensembel ini berkembang di China pada awal abad ke-20 hasil pembangunan dan pengaruh barat yang kuat di China ketika itu. Sekumpulan cendekiawan Cina, yang pergi belajar di luar negara dan mengamalkan gaya hidup barat dan merasakan muzik tradisional Cina telah ketinggalan zaman. Mereka ini setelah kembali ke China pada tahun 1930-an terutama dari Universiti Peking, percaya bahawa ‘pembaratan’ adalah satu bentuk pemodenan.

Orkestra ini lebih besar dari orkestra Cina kebiasaannya. Susunan tempat duduk pula mengikut kedudukan orkestra simfoni di Barat. Ia juga menggunakan conductor dan nota muzik. Walaupun orkestra ini dipengaruh oleh orkestra barat namun elemen muzik cina masih dikekalkan. Alat-alat muzik China Tradisional masih digunakan, tetapi telah diimprovisasi mengikut prinsip muzik barat iaitu supaya ia mempunyai bunyi yang lebih kuat dan range yang lebih luas. Dalam lagunya pula, komposer menggabungkan melodi China, skel dan tekstur dengan sistem harmoni barat.

Susunan Orkestra Cina Moden

antara alat baru yang digubah dan mempunyai sistem tune - Paigu

Kehadirannya di Malaysia pada tahun 1960-an merupakan hasil daripada beberapa orang pemuzik tempatan yang menyambung pelajar di Hong kong pada ketika itu, Pada hari ini, orkestra ini popular di kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk Cina seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor setar, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuching. Sebanarnya perkembangan orkestra ini dipengaruhi oleh kumpulan Persatuan-persatuan Cina yang wujud di negara kita.Saiznya boleh berkembang dari 12-50 orang ahli. Selain untuk hiburan, persembahannya bertujuan untuk mengutip derma.

Terdapat pelbagai repertoire lagu yang dimainkan oleh OCM, namun oleh kerana perkembangannya tertumpu di Hong Kong, Taiwan, dan China maka banyak lagu yang berasal dari sana. Menurut Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng dalam buku The Music of Malaysia, mereka menyenarai tiga jenis lagu yang dipersembahkan di Malaysia.

1. Lagu tempatan yang dimainkan secara heterofoni seperti Crazy Dance of A golden Snake dan Moonlight Over the Spring River. Dalam kedua-dua lagu ini, lagu yang dimainkan berjaya mengunakan pelbagai alat muzik yang berlain ton warna;
2. Lagu yang mengunakan harmoni secara triad seperti Dance of Yao People. Kebanyakannya telah digubah semula dan merupakan muzik rakyat; dan
3. Concerto seperti A New Song of the Herdsmen untuk dizi dan orkestra. Dalam concerto satu instrumen solo akan bermain dengan diiringi oleh orkestra. Bahagian atau passages yang boleh menunjukkan kebolehan pemain ditekan dalam lagu seperti ini.

Seperti kebanyakan lagu-lagu yang berasal dari China, banyak lagu yang dimainkan oleh OCM dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam program muzik. Sebagai contoh lagu Moon Light Over the Spring River menceritakan pemandangan bulan melalui bayangnya dalam air sungai yang tenang. Komposer OCM mengabung elemen barat dan China dalam gubahan mereka. Ini jelas dari gubahan lagu yang menggunakan elemen melodi China, scale dan notasi digabungkan dengan sistem harmoni barat.

Selain daripada 3 kategori yang disenaraikan ada juga orkestra di Malaysia yang memainkan gubahan lagu-lagu patriotik negara kita. Lagu-lagu seperti Berjaya, Tanah Airku, Ayam Didik Inang Cina dan sebagainya turut digubah. Kami ada melampirkan contoh skor lagu Tanah Airku gubahan Lee Soo Sheng yang menunjukkan Melodi Melayu yang diwarnai menggunakan kord triad Barat Terdapat juga composer yang menggunakan rentak melayu seperti Saw Yeong Chin menggunakan rentak inang dalam karyanya Malay Dance.

Skor lagu
Jika kita lihat mengapa sesetengah orang tidak mengetahui kewujudan orkestra ini. Tumpuannya yang menjurus kepada masyarakat Cina di Malaysia menyebabkan ia kurang di ketahui masyarakat lain. Namun usah untuk mengasimilasikannya sebagai salah satu jenis muzik di negara sedang dipergiatkan. Kita sebagai wakil guru wajar mengetahui semua jenis-jenis muzik sebagai langkah untuk mengenalkan budaya kita yang begitu kaya kepada generasi muda pada masa hadapan.

4 comments:

SMP2252 WONG SOON EN on October 30, 2010 at 10:05 PM said...

eh.....kenapa sampai minggu 10 saja eh? mana yang lain? cepatlah post..... tak sabar-sabar saya nak baca posting yang saudara Bancha tuliskan..... haha!!!!!!

bancha on October 31, 2010 at 3:09 AM said...

banyak la WSE..
jangan risau ya..akan saya siapkan

Sophia on January 17, 2019 at 7:37 PM said...

Error occurrence is quite normal when you work on Itbit. To fix the errors all at once, you can dial Itbit Support number +1800-665-6722 which is functional throughout the year. The customer care knows all the means and methods that can easily erase your problems in no time. You can get in touch with Binance expert’s team at any time as per your convenience and avail endless solutions and remedies related to the errors and queries.
itbit number
itbit Support Number
itbit Phone number
itbit Support
itbit Support phone Number
itbit Customer Support

pingcall on June 24, 2019 at 12:41 PM said...

How can I perform Binance Recovery through Binance App?
Are you looking for the process to send the bitcoin in Binance as the curr3ent process used by you has brought a bunch of problems and you are unable to deal with it? In order to avoid chaos and get accessible results, you can call on Binance contact number +18773307540 and speak to the executives who are there to resolve your doubts and queries in quick seconds and are available all the time.Binance contact number +18773307540

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG KUMPULAN B

BLOG KUMPULAN C

SMP2252bancha Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template