Sunday, September 26, 2010

MINGGU 9: JURNAL REFLEKSI



Sawaddeekrap
Salam Sejahtera
Minggu ini rakan-rakan saya telah membentangkan Mak yong dengan lebih mendalam lagi. Mereka telah melakukan kajian lapangan ke ASWARA dan bertemu dengan tenaga pengajar di sana. Tidak perlulah saya menerangkan apa itu Mak Yong kerana umumnya telah kita ketahui. Cukuplah saya ingatkan ia bertujuan sebagai hiburan, cara perubatan (music therapy) dan Sembah Guru. Kini ia dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa.

Sejarah

Dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi dan dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sejarah Kewujudan Mak Yong

Pendapat 1
mengaitkannya tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang seperti yang lazim kita dengar.
Pendapat kedua
-mengatakan Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Ketika itumenjaga mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan Mak Yong.
Namun pendapat ketiga
-mengatakan ia merupakan nazar yang dibayar oleh seorang ibu yang telah dibayar ketika anaknya jatuh sakit.


Mak Yong mengalami zaman Kejatuhan pada akhir abad ke 19. Pada bila tidak pula saya ketahui kerana rakan saya tidak mencatatkannya. Ini berlaku kerana nilai moral penari-penari Mak Yong mula merosot dan kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton. Manakala perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa. Maka Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka malah dengan kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong

Mak Yong dihidupkan semula oleh Kumpulan Seri Temenggung (Kota Bharu) dibawah pimpinan Cik Khatijah Awang. Beliau merupakan primadona Mak Yong yang cukup terkenal di negara kita. Dari sini bermulalah suatu fasa baru dalam sejarah Mak Yong di Negara kita. Penubuhan kumpulan-kumpulan teater Kampung Temenggung menyebabkan Mak Yong mula menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Terdapat 7 jenis persembahan yang pernah wujud, iaitu:
1. Makyong Patani
2. Makyong Kelantan
3. Makyong Kedah
4. Makyong Laut
5. Makyong Riau
6. Makyong Medan
7. Makyong Kalimantan
Namun 3 daripada sahaja yang dimainkan di Malaysia
1. Makyong Kelantan
2. Makyong Kedah
3. Makyong Laut

Cerita-cerita Makyung diambil dari Menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang Kulit dan daripada cerita Bangsawan. Ini kerana Menora, Makyung dan Wayang Kulit merupakan rumpun genre teater tradisional. Tema yang mendasari cerita-cerita Makyung adalah merupakan mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana . Oleh kerana itu cerita-cerita ini dianggap sebagai cerita roman dan saga
Oleh kerana sebelum ini saya tidak memasukkan isi gerakan persembahan Mak Yong. Maka minggu ini saya selitkan urutan ceritanya.
1. Bertabuh
2. Mengadap rebab
3. Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.
4. Pak Yong Muda atau Puteri Mak Yong akan menyanyi.
5. Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.
6. Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.
7. Dialog
8. Nyanyian Peran
9. Dialog antara Pak Yong dengan Peran
10. Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.
11. Dialog
12. Nyanyian Peran
13. Dialog
14. Nyanyian Peran
15. Dialog
16. Lagu barat cepat
17. Dialog Peran 1 dan 2
18. Lagu Tok wak
19. Dialog Pak Yong
20. Lagu Ela oleh Pak Yong membawa cerita yang akan di persembahanan.



Mak Yong dimainkan oleh pelakon-pelakon wanita. Gadis-gadis jelita akan melakonkan peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau peran. Kebimbangan akan kemungkinan bahawa permaisuri atau puteri-puteri raja jatuh cinta kepada pelakon Makyung menyebabkan pelakon Makyung terdiri dari kaum wanita.Oleh kerana kisah yang dipaparkan oleh Mak Yong ini, berkait dengan kehidupan raja-raja maka ia menonjolkan nilai estetika yang tinggi.

Kostum


-Pakaian Pak Yong di dalam Dramatari Melayu Mak Yong – 400 tahun dahulu sebagai hiburan di istana. Pakaian Mak Yong dan Pak Yong adalah sama.
-Dulu – baju sempit , seluar dibuat dari kain satin dengan kain samping labuh dan dikemaskan dengan tali pinggan.
-Bahagian dada dihiasi sibar layang atau dari manik-manik halus berwarna-warni seperti kolar baju layang.
-Perhiasan kepala daripada baldu membentuk mahkota berhiaskan batu – batu permata dan memakai sunting malai di telinga.
-Pak Yong membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera.
-Setelah dimodenkan pakaian persembahan Mak Yong - Baju kemban broked keemasan dan kain ketat, diperindah dengan siba layang dan dendek menghiasi dahi. Pakaian Puteri Mak Yong pula hampir sama dengan Mak Yong. Pending Mak Yong lebih cantik daripada pending puteri kerana dihiasi dengan sebutir permata.
Peran memakai kain sarung dan sepasang seluar besar. Kain semutar dibuat daripada kain kapas diikat dipinggangnya . Salah seorang peran akan memainkan watak Tok Bomoh. Peran menggunakan replika parang daripada kayu dan diselit pada pinggang. Semua pelakon dalam persembahan Mak Yong tidak memakai kasut.

PERAN


Alat Muzik

Orkestranya terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Jika kita lihat ianya sama dengan alat muzik wayang kulit Cuma yang berlainan ia rebabnya yang menggunakan 3 tali. Namun telah saya terangkan mengenai rebab pada jurnal minggu ke-6. Maka saya akan terangkan alat-alat lain.
Canang
-terdapat canang ibu dan canang anak.
-diperbuat daripada tembaga/besi.
-bunyi canang yang lebih kuat adalah canang ibu dan sebaliknya.
-menjaga bit suatu lagu.

Kesi
-terdapat dua bahagian iaitu piring dan kicah. (4 piring dan 2 kicah).
-diperbuat daripada tembaga/besi.
-suara yang dihasilkan adalah adalah gemersik dan memecah.
-mengiringi tarian.

Serunai

-terdiri daripada 4 bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong.
-ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak.
-bahagian batang serunai diperbuat daripada kayu nangka/kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.
-Memainkan melodi dan hanya sesekali dimainkan.


Fungsi Muzik
Muzik rebab menarik penonton dan memaklumkan pementasan Mak Yong akan bermula. Membentuk suasana & menggambarkan emosi serta perasaan di setiap adegan. Juga mengiringi tarian dan nyanyian serta menandakan permulaan dan penamatan adegan-adegan keluar.
Muzik Mak Yong bertekstur heterofoni. Kedua-dua pemain memainkan melodi yang sama, pada masa yang sama dengan variasi tersendiri.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG KUMPULAN B

BLOG KUMPULAN C

SMP2252bancha Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template