Wednesday, September 22, 2010

MINGGU 7: JURNAL REFLEKSI 2



KUDA KEPANG
-Merupakan tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada Jawa.
-Nama lain- jaran kepang, kuda lumping,Jathilan dan sebagainya.
-‘jaran’- kuda ‘kepang’- anyaman.
-Diperbuat daripada buluh atau pandan yang dianyam.
-ada juga menggunakan papan lapis atau kulit lembu
-sesetengahnya diperbuat daripada baldu untuk persembahan peringkat tinggi
-wataknya dibahagikan mengikut warna kuda kepang tersebut

SEJARAH PERKEMBANGAN
-Menurut Soedarsono(1983)- Sebelum berlakunya perkembangan Islam kuda kepang dimainkan dalam upacara pemujaan untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka
- Berlakunya penyebaran secara meluas ke Tanah Melayu oleh pedagang serta melalui penghijrahan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu
-Tidak banyk pengubahsuaian dilakukan sekarang dan ia masih mengekalkan ciri-ciri aslinya sekarang.
-Namun, di Malaysia pengubahsuaian telah dijalankan kerana tidak mahu ia dianggap sebagai salah satu upacara ritual yang syirik di sisi agama Islam.
- Ada pendapat mengatakan ia dicipta oleh wali songo sebagai tarikan dalam usaha mereka menyebarkan syiar Islam di Tanah Jawa.

ALAT –ALAT MUZIK
Ensembel yang mengiringi Kuda Kepang sebenarnya merupakan ensemble Gamelan. Oleh itu alat yang digunakan sama seperti ensemble gamelan namun ditambah dengan jidur dan angklung.
Jidur
- Diperbuat dari batang kelapa berongga
- Kedua-dua permukaan berukuran lilit sama-menggunakan kulit lembu atau kambing
- Berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci
- Dipalu dengan 2 batang kayu
Angklung
- Diperbuat daripada buluh.
- Dalam kategori idiofon.
- Lazimnya- terdiri daripada 2 @ 4 tabung yang diikat pada rumahnya atau‘ancak’
- Proses penalaan- ketukan di bahagian kakinya atau ditiup di bahagian bibirnya.
- Selalunya terdapat 3 @ 4 buah dalam sesebuah ensembel.

KOSTUM
Menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno dan lengkap memakai ketopang atau tanjak dan pakai kain samping. Seluar dijahit dengan guna kain kempun iaitu batik Jawa.
- Tengkolok- 2 jenis
– tanjak jawa @ tanjak melayu.
- dibezakan melalui cara mengikatnya.
tanjak jawa
tanjak melayu

CARA DIPERSEMBAHKAN

- dipersembahkan dan dimainkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar
-Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda.
-mengunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan
-Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan.
-Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik semakin pantas,kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.
-Penari-penari melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya.
-Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak.
- Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar-benar sambil menari -nari dengan iringan muzik.
-Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan itu dipanggil "naik syeh". Jika keadaan liar dan bertambah tidak dapat dikawali, tok bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan disetiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah dan tok bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka. Penari-penari ini dikawal menggunakan tali tas.

Tali Tas

Naik 'syeh'

BILANGAN PEMAIN
• Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang iaitu
• 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang bertindak sebagai 'bomoh pemulih', 9 -15 orang penjaga kawasan.
Bagaimanapun dalam satu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari bertindak sebagai pemimpin yang dipangil 'danyang'. Bilangan kuda kepang yang digunakan ialah sekurang-kurangnya 9.

FUNGSI
Pada zaman sekarang, tarian ini biasanya dipertunjukkan dimajlis-majlis keramaian sewaktu menyambut orang kenamaan, meraikan majlis perkawinan, dan pada hari-hari perayaan untuk memeriahkan lagi suasana.

PANTANG LARANG
Istiadat Pembukaan Gelanggang dibuat untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini menimpa para pemain mahupun para penontonnya

Pemain
*Pengeras -Cth pengeras: kemeyan, tempat bara membakar kemeyan, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur,air metah, beberapa jenis kuih
-wang sebanyak RM2.25
-tidak kurang daripada RM200
*tidak boleh melihat kain berwarna merah – SEMULA JADI
*tidak dibenarkan terlihat mahupun melihat kaca atau pun sepihan kaca - Dikhuatiri akan di makan oleh penari yang tengah naik ‘syeh’
*tidak boleh diacah semasa dalam tarian - dihuatiri akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.

Pantang larang kepada pemain alat muzik kuda perlu memainkan muzik mengikut keadaan pemain kuda kepang kerana dikhuatiri pemain kuda kepang akan berang terhadap pemain muzik.

Kuda kepang perlu disimpan atau diletakkan di suatu tempat yang khusus kerana jika tidak, roh kuda kepang itu mengamuk dengan merosakkan pertunjukkan-pertunjukkan yang akan datang

Penonton Kuda kepang dilarang untuk mencaci penari kuda kepang kerana ditakuti akan menerima musibah.

Telah dinyatakan disini, perkembangan Islam ke Tanah Melayu telah menjadi Kuda Kepang bertukar menjadi satu bentuk kesenian dan bukan lagi mengamalkan konsep pemujaan. Pembentangan yang hebat dari kumpulan ini. Nota-nota yang terdapat di dalam ini diedit daripada nota asal mereka berikutan isi ini telah lengkap sebagai untuk mengenal kuda kepang dengan lebih mendalam. Walaupun mungkin ada lagi persoalan yang timbul, saya rasa cukup lah apa yang telah dibentangkan. Malah mereka telah membuat kajian lapangan yang lebih lanjut untuk memahami lagi seni ini.

1 comments:

Beke Yevan on June 6, 2011 at 8:34 PM said...

This is absolutely indonesian heritage,,

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG KUMPULAN B

BLOG KUMPULAN C

SMP2252bancha Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template