Monday, August 16, 2010

MINGGU 5: JURNAL REFLEKSI

Sawaddeekrap,
Salam sejahtera..

Maaf kerana agak lewat menulis jurnal refleksi kali. Kedatangan Ramadhan menyebabkan saya agak lambat sedikit ya kerana turut berpuasa ( sebagai menghormati rakan dan berdiet ya). Walau pun sedikit terlambat saya masih sempat menyaksikan sedikit sedutan video persembahan gamelan Bali. Menakjubkan!! Ini apa yang dapat saya katakan.

Sejarah asal usul gamelan telah saya bincangkan dalam jurnal pada minggu 2. Oleh itu, saya tidak akan menyentuh lebih lanjut mengenainya. Gamelan merupakan bentuk seni tari utama kerana mengiringi pelbagai jenis tarian. Namun apa yang saya pelajari pada hari ada sedikit kelainan. Saya baru mengetahui tentang bagaimana Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa dibezakan. Gamelan Melayu telah dicirikan di Terengganu. Di sini berlaku perubahan pada muzik Gamelan yang telah dibawa dari Jawa iaitu dari segi; lagu, sistem tuning, instrumentation, dan meladi lagu. Dengan itu ciri-ciri Jawa pada lagu tersebut telah dihentikan. Selain itu, seni ukir juga berlainan. Gamelan Melayu lebih bercorak bunga manakala gamelan Jawa mempunyai corak naga.

Perubahan yang dilakukan telah menjadikan Gamelan Melayu mempunyai identitinya yang tersendiri. Alat-alat gamelan Melayu lebih sedikit berbanding Gamelan Jawa kerana hanya mempunyai metalofon, membranofon dan satu alat xylofon iaitu Gambang. Gong merupakan alat gamelan yang pertama dan paling utama. Seni permainan Gamelan merupakan Tradisi Besar kerana ia dimainkan di istana pada masa dahulu. Istilah baru yang saya baru pelajari ialah Jatra(bar) digunakan untuk memudahkan masyarakat dahulu mempelajari lagu. Sistem pembacaannya juga berlainan dan bukannya menggunakan sistem nombor seperti sedia ada sebaliknya menggunakan sebutan.


susunan Gamelan Melayu

Penari Gamelan Abad ke-19

Gamelan Jawa pula agak berlainan kerana ia tidak terhad kepada tradidi besar sahaja, namun ia berfungsi sebagai permainan rakyat. Gamelan jenis ini terdapat di Johor, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Ia dimainkan dalam skel Slendro(7 ton) atau Pelog(5 ton). Set Gamelan Jawa lebih kompleks dari Gamelan Melayu.

Alat-alat Gamelan Jawa

Perbandingan Gamelan Jawa dan Gamelan Terengganu
-Bonang Barong
GJ- dimainkan ketika buka lagu dan detik pertama dan ketiga
GT- memainkan melodi

-Bonang Penerus
GJ- memainkan 'up-beat'
GT- kadangkala memainkan melodi dan harmoni

-Saron Demung
GJ- memainkan detik kedua dan keempat
GT- memainkan melodi utama

Menggunakan rebab(kordofon) dan serunai(aerofon)

Gamelan dipelajari tanpa menggunakan notasi. Depelajari menggunakan pendengaran dan dimulakan dari lagu yang mudah kepada kompleks. Bagaimanapun, pada abad ke-19 sistem nombor mula digunakan untuk memudahkan pemain. Sistem ini dikenali sebagai sistem kepatihan.


CAKLEMPONG


Juga dikenali sebagai talempong atau tak lempong. Terkenal di Negeri Sembilan dan berasal dari minangkabau. Muzik ini digunakan untuk mengiringi tarian lilin, pencak silat dan majlis keramaian.

Alat-alat muzik caklempong.
Bonang
-diperbuat daripada tembaga dan berbentuk seperti gong. Mempunyai cembol untuk diketuk dibahagian ini.
*Gereteh- terdiri daripada 15 bonang dan disusun dalam nada C major 1 oktaf dan not pilihan. Selalunya ada 2 set gereteh agar dapat memainkan kaunter melodi.
*Saua/Sauwa- terdiri dari 8 biji bonang, dar not E, F, G, A, Bb, B, C, D. Diketuk mengikut irama ostinato.
*Tingkah-bentuk sama seperti sauwa tetapi mengawal rentak mengikut gendang dan hanya mengetuk secara melalu. Selalunya notasi tidak disediakan untuk sauwa dan tingkah tetapi hanya blok kord disediakan.

-Gendang
Terdiri dari gendang ibu dan gendang anak dan memainkan irama secara bertingkah.

-Bangsi
dibuat menggunakan buluh dan mempunyai 7 not seperti gereteh.

-serunai
atau dikenali sebagai pupuik. diperbat dari daun kelapa atau tanduk kerbau. Kebiasaannya memainkan melodi seperti geretah.

Kayu pemukul diperbuat daripada rotan dan diikat dengan kayu.


Tarian Randai Oleh Aswara


Tarian Indang dari Sumatere

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG KUMPULAN B

BLOG KUMPULAN C

SMP2252bancha Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template