Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3: JURNAL REFLEKSI

Sawaddee
Salam Sejahtera

Pada minggu ini sekali lagi kami diajar mengenai perkara-perkara asas dalam muzik tradisional Malaysia. Mengikuti kelas En. Amran kadang membuatkan saya berasa saya begitu kerdil dalam ilmu Muzik Tradisional Malaysia. Namun ini merupakan satu dari proses pembelajaran. Jadi saya cuba memahami lebih mendalam apa yang disampaikan setiap minggu.

Pengaruh luar yang mempengaruhi budaya muzik tempatan terbahagi kepada 2 perspektif. Yang pertama, perspektif adaptasi dan yang kedua perspektif Idiosinkretik. Melalui perspektif adaptasi alat-alat muzik ini akan beradaptasi atau menyesuaikan keperluan mereka dengan masyarakat setempat. Ia sentiasa berorganik dan berkembang seperti Ghazal Pati di Kedah mempunyai penari lelaki berpakaian manakala Ghazal Johor tidak. Penyanyinya punya dipanggil ustaz yang dianggap guru.



Ini merupakan contoh video Ghazal Johor oleh Sekolah Tun Mamat

Dari segi Idiosinkretik pula menunujukkan alat itu tidak mengalami perubahan, mungkin kerana kesukaran dan menpunyai cara yang tersendiri untuk bermainnya seperti Gambus @ Gambus Hadramaut. Alat yang digunakan masih sama walaupun zaman sudah berubah. Sebenarnya saya sering mendengar perkataan gambus namun saya tidak begitu mengenalinya. Di bawah ini saya ada serta gambar dan bahagian Gambus.



Sebelum pengklasifikasian alat oleh Hornbostel, Tamdun China dan India telah mengklafikasikannya terlebih dahulu. Tamadun China telah membahagikannya kepada 8 kumpulan asas berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut. Manakala India pula membahagikan alat itu kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan gong, smbal @loceng, kumpulan gendang, kumpulan alat bertali dan kumpulan alat tiupan.

Seetrusnya kuliah beralih kepada ciri-ciri utama dalam tradisi muzik di Malaysia. Tradisi muzik di Malaysia terbahagi kepada 2 iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Tradisi besar terdiri daripada budaya klasik atau Istana, manakala tradisi kecil ialah budaya rakyat. Percantuman kedua-dua tradisi ini maka terhasillah muzik sinkretik iaitu muzik yang merupakan campuran 2 budaya @unsur.

Muzik tradisional Malaysia dibahagi kepada 5 kategori utama. Muzik rakyat iaitu muzik golongan masyarakat desa yang merupakan cerminan budaya masyarakat. Ia diajar dengan turun-temurun melalui kaedah peniruan seperti wayang kulit dan kuda kepang. Muzik klasik pula dimainkan di istana atau kawasan bandar. Mempunyai asas dan sejarah yang agak kukuh seperti nobat dan orkestra karnatik. Muzik sinkretik pula budaya bandar dan desa yang menggunakan tarian dan vokal seperti dondang sayang dan ghazal serta bersifat fleksibel iaitu mudah berubah-ubah mengikut masyarakat setempat. Dan akhir sekali ialah muzik kontemparari yang terpengaruh dengan muzik barat dan popular dalam masa sekejap sahaja. Bila kita bilang ada 4 sahaja. Saya pun tidak pasti, sekiranya ada yang teringat tolong komen ya.

Dan akhir sekali kami telah membincangkan ciri-ciri muzik tradisinal malaysia. En. Amran telah menyenaraikan 6 ciri-ciri utama muzik Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan akan terdapat percanggahan kumpulan kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama. 6 ciri tersebut ialah:
1. Bentuk Seni Lakun Utama
- teater@muzik wilayah - makyung, opera cina, mek mulung, wayang kulit
-didominasikan oleh perkusi manakala alat aerofon seperti serunai memainkan melodi
2. Bentu Tarian Utama
-tradisi muzik yang mengiringi tarian
- tradisi tinggi -tarian Asyik/joget Gamelan, zapin
- tradisi rakyat- sumazau , tarian singa
3. Ensembel Genderang
- mengiringi muzik utama atau mereka solo sahaja (stand alone)
- mengiringi upacara atau ritual tertentu - kompang, hadrah, caklempong, kertuk
4. Vokal dan instrumental solo
- melibatkan seluruh aspek masyarakat- berbagai upacara kehidupan
-menyebarkan sastera melalui lisan - zikir, lagu menyambut tetamu, Pantun
- alat yang digunakan organ mulut ( sompoton, serunai, seruling) ziter (kecapi,sapeh)
5. Ensembel sosial popular
- dimainkan dalam majlis keramaian - menghasilkan muzik sinkretik
- ronggeng, dondang sayang, keroncong, orkestra cina moden (huayue tuan)
6. Ensembel lain
- genre yang belum diselidik
- jiduran, berundai (kedah), barongan (N. Sembilan)
- tok slampit (diiringi rebab 3 tali), awang batil, boria, menora dan lain-lain lagi

Banyak ilmu baru yang saya dapati dari sesi kuliah pada kali ini. Namun melalui kuliah ini saya sedar negara kita kurang mempromosikan budaya asal atau muzik tempatan ke peringkat luar. Malah ramai rakyat kita sendiri masih kurang celik dengan apa yang ada dalam negara kita. Yang diagung-agungkan ialah muzik luar. Saya sendiri merasa tergerak untuk mencari maklumat mengenai semua muzik tradisional malaysia dengan lebih mendalam dan membukukannya. Ini kerana penerbitan yang kurang juga menyebabkan bahan ini kurang didapati untuk dinilai dan dihayati.


seni bermain Kertuk

Awng Batil

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG KUMPULAN B

BLOG KUMPULAN C

SMP2252bancha Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template