Saturday, July 24, 2010

MINGGU 2: JURNAL REFLEKSI

Sawaddekrap,
Salam sejahtera.

Ini merupakan subjek muzik tradisional malaysia, jadi eloklah saya menggunakan kata sapaan mengikut kesesuaian saya. Kata orang jika kita selesa maka kita akan lebih jujur. Pengajaran minggu ini tertumpu kepada pengenalan terhadap apa yang akan kami pelajari selepas ini. Penerangan mengenai topik yang dibincangkan sebenarnya agak mengelirukan saya sebagai pelajar yang ada pengetahuan asas yang sedikit sahaja dalam muzik. Benar seperti apa yang En.Amran katakan, istilah yang digunakan agak berlainan dengan apa yang kami gunakan. Akan tetapi berdasarkan penerangan yang diberi, saya rasa semua pelajar lain dapat memahami apa yang disampaikan seperti mana yang saya faham.

-Soundscapes
. Sejujurnya saya tidak tahu maksud istilah ini sebelum ini. Saya pernah mendengar ia disebut dalam penggambaran untuk dalam siri "CSI: Crime Scene Investigation"kerana ada pakar dalam bidang itu. Namun hasil dari penerangan yang diberikan oleh En.Amran saya merumuskanistilah ini merujuk kepada pemandangan bunyi. Walau bagaimanapun, saya masih kurang memahami dengan tepat istilah ini. Oleh itu, saya mencari maklumat lain dalam internet dan cuba untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

Berdasarkan apa yang saya faham daripada penerangan yang diberi, soundscapes ialah kombinasi bunyi dari pelbagai persekitaran yang semulajadi seperti bunyi alam semujadi (aliran sungai, angin, bunyi-bunyi binatang, hujan dan sebagainya) dan bunyi persekitaran yang dihasilkan manusia (gubahan lagu, percakapan, pergerakan, pergerakan mesin dan sebagainya). Kesimpulannya merupakan pemandangan bunyi yang dapat kita hayati melalui pendengaran seperti apa yang diterangkan En. Amran. Namun ia juga merujuk kepada rakaman audio bunyi daripada bunyi-bunyi persekitaran yang direkodkan dan digubah menjadi satu persembahan. Anda akan lebih apa yang diterangkan jika anda melihat video yang dipertontonkan pada sesi ini.



- Budaya Muzik
Budaya mempunyai pergertian yang rapat dengan masyarakat. Segala yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat ditentukan oleh masyarakat itu sendiri. Contohnya, masyarakat melayu sekarang masih mengamalkan majlis-majlis adat seperti bersanding, berinai dan sebagainya walaupun tidak digalakkan oleh agama. Budaya ini diperturunkan dari generasi ke generasi, dan setiap masyarakat mempunyai budaya masing-masing. Walau bagaimana pun kita tidak dapat menolak apabila terdapat persamaan antara dua negara kerana berlakunya penyebaran budaya, tetapi setiap budaya mempunyai kelainan mereka kerana telah diasimilasikan dengan budaya setempat masyarakat tersebut.

Apa itu bunyi? Pada mulanya saya menganggap bunyi ialah apa yang kita dengar, kalau mengikut pandangan sains pula gelombang yang dihasilkan daripada getaran jirim. Logiknya bunyi ialah apa sahaja yang kita dengar. Bidang muzik menggariskan 2 jenis bunyi iaitu bunyi yang sedap didengari dan bunyi yang tidak sedap didengari. Namun ada adakah ianya muzik?

Muzik ialah sesuatu bunyi yang dicipta oleh manusia dan disusun bagi menghasilkan bunyi yang sedap didengari serta dipersembahkan. Satu kenyataan baru yang dipelajari oleh saya kerana saya mengganggap muzik merupakan apa sahaja bunyi berdasarkan sebuah karya seorang komposer yang bernama John Cage. Beliau sebuah komposisi di mana pemuzik duduk di hadapan piano selama 4 minit 33 saat tanpa bermain. Bunyi yang dihasilkan oleh penonton ketika itu ialah lagu yang dipersembahkan.

Apabila muzik dikaitkan dengan budaya maka secara tidak langsung ia mesti berkait dengan kepercayaan sesebuah masyarakat. Perkaitan ini sangat meluas kerana dari sinilah lahirnya muzik nasyid, hadrah, menora, dan sebagainya. Saya juga sedia maklum muzik ini sebahagian dari upacara keagamaan. Agama turut menggunakan muzik sebagai medium dakwah. Di sini saya serta satu video menora yang digunakan untuk upacara 'menurun'.



-Sejarah
Saya hanya mengetahui serba sedikit mengenai kedatangan alat-alat muzik ke Malaysia melalui aktiviti perdagangan dan penaklukan hasil dari subjek sejarah ketika peringkat sekolah dahulu. Hasil daripada apa yang diterangkan oleh En. saya lebih memahami setiap jenis muzik yang datang mengikut penyebaran agama dan pengaruh suatu masa dahulu. Apa yang saya kurang pasti ialah kedatangan pada awalnya saya rasa melalui perkahwinan kerabat diraja Riau oleh Bendahara Pahang yang berminat dengan gamelan selepas menghadiri pertabalan Sultan Muzaffar Shah di Riau. Kemudian ia berkembang ke Terengganu hasil perkahwinan kedua kerabat negeri ini. Tapi apa yang En. sebut ialah joget gamelan jadi asalnya mungkin tidak sama.

Mengenai pengkhususan alat pula saya rasa saya masih ingat apa yang saya pelajari dalam apresiasi muzik. Pengklasifikasian ini dilakukan oleh Hornbostel dan C. Sach. Semua alat dikategorikan kepada 4 iaitu Erofon, Kordofon, Membranofon, dan Idiofon. Erofon merupakan alat yang menggunakan angin untuk menghasilkan bunyi seperti serunai dan seruling. Kordofon pula melalui getaran tali seperti sapir, erhu, dan sitar. Membranofon pula menghasilkan bunyi melalui kulit apabila diketuk atau digosok seperti rebana dan kompang. Manakala idiofon pula menghasilkan bunyi melalui badan atau rangka alat apabila diketuk seperti gong, angklung, bonang dan gereteh. Namun saya baru mengetahui perkataan dasar idiofon ialah 'idiot' kerana ia perlu diketuk baru berbunyi, baru saya faham ya.


Mengenai konsep dan struktur pula sebenarnya saya agak terpinga-pinga pada hari itu kerana kurang memahami ayat-ayat yang digunakan. Mungkin kerana terbiasa dengan istilah yang saya pelajari sebelum ini. Walau bagaimanapun, penerangan mengenai irama, tempo, melodi, harmoni, tekstur, ton warna dan ekpresi yang merupakan benda asas dalam muzik memperkukuhkan lagi pemahaman saya. Saya faham bahawa sesebuah karya muzik nanti perlu dinilai dari 7 aspek ini.

Banyak telah dipelajari, namun ilmu masih sejengkal. Oleh itu, saya akan cuba untuk menyelidik dengan lebih mendalam mengenai sebarang kemusykilan yang terdapat dalam otak saya melalui internet dan buku di perpustakaan. Namun, yang sedih ialah tidak banyak buku yang mengkhususkan tajuk-tajuk ini.

Akhir sekali En Amran, terima atas ilmu yang diberi pada hari ini. Saya berharap jurnal saya ini akan membantu rakan-rakan yang lain selain sebagai catatan dan panduan saya. Maafkan saya jika terdapat sebarang kesalahan bahasa kerana saya tidak biasa menggunakan bahasa formal untuk sebuah catatan.

2 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 6:22 PM said...

Refleksi yang menarik Banchakorn. Video dan gambar yang anda sertakan juga memudahkan saya memahami entri anda. Tahniah.

bancha on August 3, 2010 at 6:22 PM said...

thanks marlin. maaf, saya masih belum berkesempatan untuk membaca refleksi anda. Bagai manapun saya akan berb

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG KUMPULAN B

BLOG KUMPULAN C

SMP2252bancha Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template